Matlamat PSS

Sekolah bermatlamat untuk mewujudkan pendidikan yang bermutu dengan menggunakan segala kemudahan , bahan, peralatan, kelengkapan dan sumber tenaga dengan sepenuhnya.Maka PSS adalah untuk menepati keperluan pendidikan masakini yang menitikberatkan penggunaan berjenis-jenis media supaya proses pengajaran pembelajaran menjadi lebih berkesan dan sempurna.
Melalui penggunaan berbagai jenis bahan alatan di PSS semasa proses pengajaran dan pembelajaran, ia juga akan dapat menarik minat di kalangan pelajaran-pelajaran

Objektif
1) Melalui penggunaan pelbagai media sumber di PSS, guru-guru dapat meningkatkan lagi taraf pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai prestasi pencapaian akademik yang lebih cemerlang.
2) Menggalakkan pelajaran-pelajaran dan guru-guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran bukan sahaja bergantung kepada buku-buku teks dan kaedah tradisional sahaja.
3)Dari kemudahan dan berbagai bahan sumber yang ada di PSS, ia boleh mendorong dan menggalakkan tabiat pelajar belajar sendiri ,minta membaca dan rasa ingin tahu dalam segala bidang ilmu pengetahuan.
4) Membantu pelajar-pelajar dan guru-guru menghasil, menilai dan menggunakan pelbagai alatan bahan pengajaran dan pembelajaran.
5)Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar-pelajar.
6)Melatih pelajar-pelajar membuat kerja-kerja rujukan daripada berbagai sumber.
7)Memupuk dan membawa kemahiran belajar di kalangan pelajar-pelajar di samping menerapkan nilai-nilai murni ke arah boleh berdikari, berfikiran matang dan berdisiplin.
No posts.
No posts.